[TERKINI] Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Adibah Noor

2022-06-19 0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.